Tuesday 31 January 2017

Psikologi : Jangan kata "JANGAN" / "NO" kepada kanak-kanak bila melarang

Assalamualaikum pembaca yang budiman...
semoga kita sentiasa di bawah lembayung rahmah dan kurnia-Nya serta sentiasa di redhai walau dimanapun kita berada.



Pernah kita dengar orang tua bercakap, kalau nak larang anak, suruh mereka lakukan lagi, ini kerana apa yang mereka lakukan itu adalah mempunyai sebab psikologi tersendiri.

 Perkara ini juga dibuktikan oleh beberapa tulisan daripada pakar psikologi, ini kerana kanak-kanak apabila dilarang semakin mereka lakukan.

 Ditulis oleh Puan Shuhadah Khalil, beliau mengingatkan ibu bapa daripada menggunakan perkataan 'No' atau 'Jangan' apabila melarang anak-anak kecil dengan sebab tertentu dan digantikan dengan kata larangan yang lebih positif. Jom kita baca.

Semenjak dua menjak ini saya sering ditanya soalan,

 "How to say No without saying No to the kids?"

 Dan seminggu dua ini juga saya banyak melihat situasi di mana ada ibu kerap berkata "No no no" pada anaknya, sambil jari telunjuk bergerak ke kiri ke kanan.

 Kesiannya si anak. T____T

 Tak dinafikan, dulu masa anak soleh kecil lagi saya kerap guna perkataan NO.

 Sehinggalah saya baca satu artikel Inggeris (websitenya saya tak ingat), tentang kesan sebutan No pada anak.

 Sebenarnya apabila kita kata NO atau JANGAN..

 1. Anak hanya dengar ayat selepas perkataan NO atau Jangan itu. Contoh, "jangan lari" anak dengar lari. "Jangan sentuh", anak dengar sentuh. "Jangan pukul", anak dengar pukul.

 Sebab itu lagi kita kata NO, lagi anak buat. Betulkan?

 2. NO ini membantutkan perasaan seronok si anak yang ingin mencuba sesuatu. Fasa anak-anak kecil adalah fasa mereka teroka semuaaaa perkara di sekeliling mereka.

 3. Kita bertambah stress! Setuju atau tidak, kita memang akan rasa stress lepas sebut NO atau Jangan. Yang ini, penulis itu tak sebut. Cuma dari pengalaman saya, memang boleh rasa level stress naik sikit demi sikit bila kita kerap sebut No/Jangan.

 4. Bila kita stress, kita mula marah anak. Dan apabila kita marah, maka kita rugi 60 saat untuk rasa bahagia. Malah, kita ragut 60 saat rasa gembira si anak.

 Itu kalau kita marah dalam tempoh 60 saat. Kalau lebih dari itu, maka kita dah rugi banyak masa untuk rasa bahagia.

 Jadi, apa saya buat dan apa yang dicadangkan oleh penulis adalah berikan arahan yang kita nak anak buat untuk kita. Bukan arahan yang kita nak anak buat untuk diri dia.

 Antara ayat yang kita boleh tukar:

 1. Don't go there -> Stay close with Mama

 Jangan pergi sana > Kemari dekat Mama.

 2. Stop hitting -> keep your hands at your back

 Jangan pukul > Sayang kawan (tunjuk contoh sekali).

 3. Don't screaming -> talk nicely

 Jangan menjerit > Cakap elok-elok.

 4. Don't run -> walk slowly

 Jangan lari > Tolong jalan perlahan-lahan.

 5. Don't climb -> stay on the ground

 Jangan panjat > Turun sekarang.

 6. Stop jumping -> sit down

 Berhenti melompat > Duduk diam-diam.

 Dan selebihnya, ibu-ibu bapa-bapa kena lebih kreatif cipta ayat arahan positif.

 Nota 1: Beri arahan yang mudah, ringkas dan padat.

 Nota 2: Otak ibu atau ayah kena lebih cepat dari mulut yang mahu berkata-kata. Saya memang pening kepala memikirkan ayat sesuai dengan situasi anak, supaya saya tidak sebut NO. Mencabar!

 Nota 3: Nak latih tukar ayat ini bukan sehari dua, seminggu dua, sebulan dua. Berbulan-bulan lamanya baru biasa. Jadi, sabar wahai ibu ayah.

 credit to :
 Siakapkeli.my 


    

 

Tuesday 17 January 2017

Sejarah Penubuhan SK Limau-Limau - Prasekolah


  • Sekolah Kebangsaan Limau-Limau (SK Limau-Limau) merupakan Sekolah Kurang  Murid(SKM), terletak di Kampung Limau-Limau, sebuah kampong dalam Pulau jambongan,Beluran. Jaraknya lebih kurang 310km dari Pejabat Pendidikan Daerah Beluran. Jalan perhunbungan ke sekolah ini ialah melalui jalan raya, tanah, sungai, dan laut. Sekolah ini ditubuhkan  pada tahun 2000 dan mempunyai sebuah bangunan yang digunakan sebagai bilik darjah dan bilik pentadbiran. Sekolah mempunyai bekalan tenaga eletrik daripada solar hybrid tetapi tidak mempunyai bekalan air bersih. Sumber air diperolehi dari air hujan dan air bawah tanah.
  • SK Limau-Limau mempunyai sebuah kelas prasekolah yang ditubuhan pada tahun 2012. Pada masa ini  kelas prasekolah menumpang di sebuah bilik ‘kabin’ untuk beroperasi. Keadaan kelas tidak kondusif dengan ruangan yang sempit dan terhad. Peralatan perabot,peralatan ICT, serta peralatan dapur belum dibekalkan ke prasekolah ini walaupun prasekolah ini di bawah peluasan prasekolah tahun 2012. Kerusi dan meja prasekolah yang ada disediakan atas usaha guru besar yang menggunakan kerusi dan meja daripada kelas arus perdana.
  • Sebuah bangunan kelas prasekolah yang kekal masih sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada 2017.
  • Kelas prasekolah ini mempunyai murid yang berumur lima hingga enam tahun terdiri daripada Suku Bajau Ubian. Ibu bapa murid merupakan golongan nelayan,penternak lembu, dan pekebun yang berpendapatan rendah.  

Contoh Surat AkuJanji Ibubapa Prasekolah




SEKOLAH KEBANGSAAN LIMAU-LIMAU,BELURAN
Peti Surat 27, Pulau Jambongan
90107,Beluran
Sabah.


SURAT AKU JANJI IBUBAPA


Saya.............................................................................................................................. ibu/bapa/penjaga kepada......................................................di kelas .................................................................................
Bersetuju dengan syarat-syarat dari pihak pentadbir.

Syarat-syaratnya ialah :

Mengambil anak di bawah jagaan sanaya yang bernama............................................... pada jam 11.30 pagi setiap hari persekolahan.

Tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pihak sekolah sekiranya berlaku sebarang yang tidak di ingini kepada anak/murid di bawah jagaan saya jika ianya berlaku di                                      
                  luar waktu di atas.


Saya sesungguhnya faham bahawa saya perlu mematuhi peraturan di atas.



Tandatangan Ibubapa/Penjaga
..................................................
(                Nama                       )

Tarikh :


Cop Sekolah :