Wednesday 21 December 2016

Surat Siaran Permohonan Ke Prasekolah 2017

    


                            
                                    SEKOLAH KEBANGSAAN LIMAU-LIMAU,
                                    PETI SURAT 27,PULAU JAMBONGAN                  No     : -
                                    90107 BELURAN,                                                      Faks   : -
                                    SABAH.                                                                      Email : -
______________________________________________________________________________                                                                                                      Ruj :
                                                                                               Tarikh : 24 Februari 2016

Kepada,
Ibubapa/Penjaga.

Tuan/Puan,
Permohonan Kemasukan Murid Ke Program Pendidikan Prasekolah
SK. LIMAU-LIMAU,PULAU JAMBONGAN BAGI SESI 2017

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah di rujuk.

2.           Sukacita di maklumkan bahawa Program Pendidikan Prasekolah sesi persekolahan 2017 akan bermula pada Januari 2017 seperti butiran di bawah:
                   ­­­i) Nama Institusi : SK Limau-Limau,Pulau Jambongan
                   ii) Tajuk : Permohonan Kemasukan Ke Kelas Prasekolah Tahun 2017
                   iii) Jangka Masa Permohonan : 1 Mac – 31 Julai 2016
                   iv) Waktu Ambil Borang :  8.30 a.m  -  1.00 pm
                                                            2.00 pm – 5.00 pm
                 v) Tempat Mengambil Borang : Pejabat Sekolah SK Limau – Limau

3.            Kriteria yang perlu di beri perhatian semasa urutan permohonan kemasukan adalah seperti berikut :
                  i) Syarat Kemasukan :
                           a. Kanak-kanak yang mempunyai status WARGANEGARA MALAYSIA sahaja.
                           b. Kanak-kanak yang dilahirkan pada tahun 2011
                           c. Keutamaan diberikan kepada kanak-kanak yang ibubapa/penjaga yang
                           berpendapatan rendah.

4.              Borang yang lengkap di isi hendaklah dihantar kepada pihak prasekolah bersama dokumen yang diperlukan (dokumen sokongan perlu disahkan) pada atau sebelum 31 Julai 2016 untuk tujuan pemilihan.

5.              Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas tuan/puan boleh merujuk terus ke pihak sekolah.


Sekian, terima Kasih.

1 Malaysia; Rakyat Di dahulukan,Pencapaian Di utamakan.

Saya yang menurut perintah,



(OMAR ALI BIN MUNIRAN)
Guru Besar
SK Limau-Limau,Pulau Jambongan


  

Friday 16 December 2016

Thursday 15 December 2016

Apa itu Flipped Classroom?



Apa itu Flipped Classroom?
Flipped Classroom - pembelajaran berpusatkan murid ini merupakan satu Model Pembelajaran Abad ke-21 yang mana mula di laksanakan sekitar  awal tahun 2007 oleh guru kimia di Woodlad Park High School.

Model ini merupakan pengajaran yang mengalihkan masa kuliah di dalam kelas kepada kuliah melalui video di luar kelas.Oleh itu waktu kelas di gunakan sepenuhnya untuk aktiviti  kolaborasi dan pengukuhan kepada pelajar secara individu.

Senang cerita... pelajar diberi masa untuk menonton video sebelum masuk kelas. Maka di dalam kelas, hanya berlangsung sesi pembelajaran dengan aktiviti.

Struktur khas pelaksanaan?
Takda....

Selagi pembelajaran menggunakan strategi kuliah yang sudah direkodkan dan aktiviti seterusnya berlangsung dalam bilik darjah, itu dikira sebagai Flipped Classroom.
Malah perbincangan secara online dan menjalankan kajian dirumah juga dikira pakai dalam keadaan tertentu.

Apakah kelebihan Flipped Classroom ini?
1. Menggalakan penglibatan murid yang lebih aktif
2. Menggalakan murid untuk berinteraksi dan berkolaborasi sesama rakan.
3. Menggalakkan pembelajaran secara individu.
4. Pembelajaran lebih berpusat, tidak hanya mengajar.
5. Meningkatkan keupayaan murid untuk bekerja secara individu.


Sunday 11 December 2016

Utusan Borneo : Iktiraf Kecemerlangan Murid Pedalaman




Iktiraf kecemerlangan murid pedalaman

Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah


MURID-MURID SK Limau-Limau bergambar bersama barisan guru, PIBG, pasukan tentera dan ibu bapa pada majlis penyampaian anugerah.

WALAUPUN terletak jauh di ceruk pedalaman namun penghargaan kepada murid tidak akan dilupakan oleh pendidik dan ibu bapa Sekolah Kebangsaan (SK) LimauLimau.
Penghargaan ini diterjemahkan dalam satu Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah yang diadakan sebelum berakhirnya musim persekolahan tahun ini.
Majlis yang berlangsung dengan gilang gemilang itu turut menggabungkan pelbagai aktiviti pengisian sepanjang dua hari majlis itu dijalankan. Antara pengisian aktiviti yang telah dirancang ialah acara aktiviti sukaneka, perlawanan bola sepak jalanan diantara guru-guru, pasukan tentera dan penduduk Kampung Limau-Limau.
Turut diadakan ialah aktiviti nyanyian karaoke dan kemuncak acara ialah penyampaian hadiah kepada murid-murid SK LimauLimau yang menunjukkan peningkatan dari segi akademik dan kokurikulum pada tahun ini.
Menurut Guru Besar SK Limau-Limau Omar Ali Momiran, pelbagai anugerah diberikan kepada murid antaranya ialah Anugerah Murid Terbaik Mata Pelajaran, Anugerah Tokoh Murid dan Anugerah Murid Terbaik Kokurikulum.
“Tahun ini memperlihatkan murid SK Limau-Limau telah berjaya menunjukan peningkatan yang baik dari segi akademik dan kokurikulum. Peningkatan ini dibuktikan lagi dengan pencapaian peperiksaan UPSR sekolah yang meningkat pada tahun ini,” katanya.
Beliau berkata kekuatan sekolah itu ialah kerjasama yang ditunjukkan oleh guru-guru dan staf sekolah ini yang sangat baik. Selain itu juga, hubungan sekolah dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta penduduk kampung yang sangat erat membantu peningkatan kecemerlangan murid-murid sekolah.
“Walaupun jarak ke SK Limau-Limau dari pekan Beluran mengambil masa perjalanan lima jam melalui jalan darat kemudian menaiki bot yang mengambil masa hampir dua jam perjalanan mengharungi lautan Sulu, namun ia tidak mematahkan semangat guruguru memberi pendidikan sempurna kepada anak-anak KG LimauLimau,” katanya.
Majlis
penyampaian anugerah kepada murid yang cemerlang telah disempurnakan oleh Utuh Sahak yang juga merupakan Yang Dipertua (YDP) PIBG SK LimauLimau.
Dalam ucapan perasmiannya, beliau berkata pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjadikan anak-anak di Kg LimauLimau ini mendapat didikan yang menyeluruh dan sempurna oleh guru-guru di SK Limau-Limau. Usaha yang dilakukan oleh mereka adalah untuk menjadikan anak-anak Kg Limau-Limau bakal pewaris kepimpinan negara pada masa akan datang.
“Saya percaya bahawa anak-anak kita yang berasal dari pulau dan kampung ini juga mampu berjaya hingga ke menara gading. Sebagai ibu bapa, kita perlu melibatkan diri dalam hal pendidikan anak-anak kita dan tidak menyerahkan tanggungjawab itu sepenuhnya kepada guru dan pihak sekolah semata-mata. Ibu bapa perlu memastikan usaha dan didikan yang dimulakan di sekolah akan diteruskan apabila anakanak balik ke rumah,” katanya. Utuh berkata SK Limau-Limau sangat beruntung kerana kerajaan telah menyediakan prasarana yang serba lengkap di sekolah ini seperti bekalan solar hibrid yang membekalkan bekalan elektrik kepada sekolah itu seterusnya membantu murid-murid belajar dengan lebih selesa.
Selain itu, pembinaan bangunan prasekolah yang dijangka siap awal tahun depan membolehkan muridmurid prasekolah belajar dengan lebih selesa.
Menurut beliau sebelum ini, murid prasekolah menumpang belajar di kelas sementara yang diubah suai, namun dengan pembinaan bangunan yang bakal siap, masalah bangunan prasekolah akan berakhir.
Utuh berharap kerajaan dapat memberi lebih bantuan kepada sekolahsekolah pulau agar tidak tertinggal daripada arus permodenan. Kemudahan seperti rumah guru dan pembaikan bangunan sekolah yang agak uzur perlu disegerakan agar murid-murid dapat belajar dengan lebih selesa.
Pada majlis penyampaian anugerah kepada murid yang cemerlang, Anugerah Tokoh Murid bagi tahun ini telah disandang oleh Nurul Yusera Natasah Ghani manakala, Anugerah Murid Terbaik Kokurikulum telah disandang oleh Mohammad Shahrul Mokhsin. Turut disampaikan pada hari itu ialah Anugerah Murid Terbaik Mata Pelajaran yang disampaikan mengikut kelas. Penyampaian untuk hadiah aktiviti pengisian sepanjang majlis itu turut diberikan. Kesemua hadiah dan sijil telah disampaikan oleh Utuh. Turut hadir di majlis berkenaan ialah Ketua Kg Limau-Limau Jainul Muntong dan Pegawai Dua Regimen Renjer Diraja dari Kem Tentera Limau-Limau Leftenan Muda Mohd Irfan Zakaria.

credit : https://www.pressreader.com/

Contoh Menu Sarapan Prasekolah Luar Bandar

SARAPAN PAGI

       MINGGU        HARI
1
2
3
4
ISNIN
BISKUT MARIE
SUSU COKLAT
OAT
SUSU
BISKUT MARIE
SUSU COKLAT
NESTUM
SUSU
SELASA
KOKO CRUNCH
SUSU
ROTI KAYA
MILO
CORNFALKES
SUSU
BISKUT CREAM
HORLICK
RABU
CREAM CRACKER
MILO
BISKUT CHIPSMORE
SUSU
CREAM CRACKER
MILO
BISKUT CHIPSMORE
SUSU
KHAMIS

HONEY STAR
SUSU
BISKUT JEM
MILO
HONEY STAR
SUSU
OAT
SUSU
JUMAAT
BISKUT TIGER SUSU
MILO
HONEY STAR
SUSU
BISKUT TIGER COKLAT
HORLICK
KOKO CRUNCH
SUSU

Lagu Sekolah SK Limau-Limau Beluran



LAGU SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN LIMAU-LIMAU BELURAN

                     SK Limau-Limau,
mendidik kami semua,
dengan cogan kata
Yakin, Cekal dan Berani,

SK Limau-Limau,
kami bertekad dan berjanji,
belajar dan berbakti.
untuk diri dan pertiwi,

Korus…

Marilah semua berusaha,
capai cita-cita murni,
menyahut seruan wawasan,
demi bangsa dan negara,

SK Limau-Limau,
tempat mencari
imu pengetahuan,
demi membela
bangsa dan negara (2X).

Lirik : Abbas Ahmad, Jason S.Ortiz, Nealson AK Nyuak, Johnny AK Nebor

Lagu : Abbas Ahmad

Tuesday 6 December 2016

Contoh Borang Kemasukan Prasekolah



BORANG PERMOHONAN KEMASUKAN KE KELAS PRASEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAGI TAHUN __________


NOTA  :  Borang ini hendaklah diisi
                      Dalam satu salinan sahaja

UNTUK KEGUNAAN RASMI SAHAJA



BAHAGIAN  A

1. Butiran Murid

    (i) Nama                              :           …………………………………………………………………………………………

    (ii) No. Surat                                    :           ---------------------------------  No. My Kid             :   ----------------
         Beranak/Borang W

    (iii) Tarikh Lahir                  :           ---------------------------------  Jantina      :   ----------------

    (iv) Tempat Lahir                 :           ………………………………………………………………………………………..

    (v) Warganegara                  :           …………………………………………………………………………………………

    (vi) Tahun Memasuki Tahun Satu Sekolah Rendah     :           ………………………………………………….

2. Butiran Sekolah Rendah
    ( Tempat murid akan didaftarkan memasuki tahun satu )

    (i) Nama Sekolah                  :           …………………………………………………………………………………………

    (ii) Alamat Sekolah               :           …………………………………………………………………………………………

BAHAGIAN B
( Maklumat ibu bapa / penjaga )

1. Bapa / penjaga

    (i) Nama                              :           …………………………………………………………………………………………

    (ii) Umur                              :           …………………………………………………………………………………………

    (iii) Pekerjaan                     :           …………………………………………………………………………………………

    (iv) Warganegara                 :           --------------------------------------------------------------------

    (v) Alamat Surat-                 :           …………………………………………………………………………………………
         Menyurat
                                                           …………………………………………………………………………………………

    (vi) Pendapatan Bulanan      :           …………………………………………………………………………………………

    (vii) Nama / Alamat Majikan            :            …………………………………………………………………………………………

                                                           …………………………………………………………………………………………

    (viii) No. Telefon                  :           …………………………………………………………………………………………





2. Isteri

    (i) Nama                              :           …………………………………………………………………………………………

    (ii) Umur                              :           …………………………………………………………………………………………

    (iii) Pekerjaan                     :           …………………………………………………………………………………………

    (iv) Warganegara                 :           --------------------------------------------------------------------

    (v) Alamat Surat-                 :           --------------------------------------------------------------------
         Menyuarat
                                                           --------------------------------------------------------------------

    (vi Pendapatan Bulanan       :           …………………………………………………………………………………………

    (vii) Nama / Alamat Majikan            :            …………………………………………………………………………………………

                                                           --------------------------------------------------------------------

    (viii) No. Telefon                  :           …………………………………………………………………………………………




3. Sekiranya tidak tinggal bersama ibu bapa :

    (i)  Adakah ibu/bapa masih hidup    :           ……………………………………………………………………………

    (ii)  Pekerjaan ibu/bapa                  :           ……………………………………………………………………………

    (iii) Sebab-sebab tidak tinggal         :           …………………………………………………………………………..
          bersama ibu/bapa

    (iv) Hubungan ibu/bapa dengan       :           ……………………………………………………………………………
          penjaga

    (v) Pendapatan sebulan dan                        :            ……………………………………………………………………………
         lain-lain punca pendapatan


4. Butiran lengkap pendapatan  (RM)


Bapa
Ibu
Penjaga
Jumlah
i)         Pendapatan sebulan
Dari jumlah gaji/upah
Dari jumlah keuntungan berniaga
Dari harta
Jumlah Pendapatan Sebulan





ii)        Perbelanjaan sebulan
Untuk keluarga
Untuk pelajaran anak-anak
Untuk lain-lain perkara
Jumlah Perbelanjaan Sebulan





PENDAPATAN BERSIH SEBULAN (i) – (ii)









5. Tanggungan ibu bapa / penjaga   :


BIL


NAMA

UMUR

PERHUBUNGAN

NAMA SEKOLAH/ INSTITUSI

BAYARAN YURAN SETAHUN

NILAI BIASISWA SETAHUN JIKA ADA


1







2







3







4







5







6







6. Pengesahan ibu / bapa / penjaga  :

    Saya mengaku bahawa semua keterangan yang diberikan di atas adalah benar


    Tarikh          :           …………………………………….                               …………………………………………………….

                                                                                     ( Tandatangan ibu bapa / penjaga )

7. Perakuan Pengesahan
    Saya sahkan bahawa segala maklumat yang diberikan di atas adalah benar


   Tarikh           :           …………………………………..                       …………………………………………………….

                                                                                              ( Tandatangan dan Cap Rasmi )
                                                                                               Ahli Dewan Rakyat / Senator /
                                                                                              Ahli Dewan Undangan Negeri /
                                                                                               Jaksa Pendamai / Pegawai
                                                                                               Kerajaan Kumpulan A / Ketua
                                                                                               Kampung / Penghulu  

BAHAGIAN  C
( Untuk dipenuhi oleh pengerusi jawatankuasa pemilihan )

(a)   Saya sahkan segala maklumat di bahagian A dan B adalah benar
(b)  Saya sokong / tidak sokong * permohonan ini
(c)   Ulasan  :
       ……………………………………………………………………………………………………………………………………………
 
      …………………………………………………………………………………………………………………………………………….

      Tarikh    :    ………………………………………                 …………………………………………………

                                                                           ( Tandatangan, Nama dan Cap Rasmi )
                                                                        Pengerusi J/K Pemilihan Peringkat Sekolah
* Potong mana tidak berkenaan