Thursday 15 December 2016

Apa itu Flipped Classroom?



Apa itu Flipped Classroom?
Flipped Classroom - pembelajaran berpusatkan murid ini merupakan satu Model Pembelajaran Abad ke-21 yang mana mula di laksanakan sekitar  awal tahun 2007 oleh guru kimia di Woodlad Park High School.

Model ini merupakan pengajaran yang mengalihkan masa kuliah di dalam kelas kepada kuliah melalui video di luar kelas.Oleh itu waktu kelas di gunakan sepenuhnya untuk aktiviti  kolaborasi dan pengukuhan kepada pelajar secara individu.

Senang cerita... pelajar diberi masa untuk menonton video sebelum masuk kelas. Maka di dalam kelas, hanya berlangsung sesi pembelajaran dengan aktiviti.

Struktur khas pelaksanaan?
Takda....

Selagi pembelajaran menggunakan strategi kuliah yang sudah direkodkan dan aktiviti seterusnya berlangsung dalam bilik darjah, itu dikira sebagai Flipped Classroom.
Malah perbincangan secara online dan menjalankan kajian dirumah juga dikira pakai dalam keadaan tertentu.

Apakah kelebihan Flipped Classroom ini?
1. Menggalakan penglibatan murid yang lebih aktif
2. Menggalakan murid untuk berinteraksi dan berkolaborasi sesama rakan.
3. Menggalakkan pembelajaran secara individu.
4. Pembelajaran lebih berpusat, tidak hanya mengajar.
5. Meningkatkan keupayaan murid untuk bekerja secara individu.


0 comments:

Post a Comment