Tuesday, 12 December 2017
Monday, 29 May 2017
Friday, 24 March 2017
Contoh aktiviti prasekolah : Matematik
Kad manila/kertas
Maker
Gunting
cara :
Ambil 1 kad manila
buat bentuk ala puzzle
Tulis nombor yang di kehendaki pada setiap kepingan puzzle
gunting ikut bentuk puzzle
beri arahan kepada murid untuk memadankan semula kepingan puzzle mengikut bentuk dan turutan nombor.
2. Permainan Bina Bangunan Mengira
Lego
kertas
maker
Cara :
Tulis nombor di kertas
arahkan murid untuk membina bangunan lego berdasarkan nombor yang di tulis
3. Botol asingkan & Kira
Tuesday, 21 March 2017
Monday, 20 March 2017
PERMOHONAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH AKASIA SKLL 2018 - KINI DI BUKA!!
Bermula tahun 2017, ibu bapa atau penjaga boleh membuat permohonan pendaftaran prasekolah secara atas talian melalui pautan https://eprasekolah.moe.gov.my/.
TARIKH PERMOHONAN
a. Secara Dalam Talian : 1 Mac 2017 hingga 30 April 2017
b. Secara Manual Melalui Sekolah Dimohon : 1 Mac 2017 hingga 31 Mei 2017
a. Secara Dalam Talian : 1 Mac 2017 hingga 30 April 2017
b. Secara Manual Melalui Sekolah Dimohon : 1 Mac 2017 hingga 31 Mei 2017
SYARAT PERMOHONAN KEMASUKAN
a. Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
b. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2012 hingga 15 Januari 2014 sahaja yang layak untuk memohon.
a. Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
b. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2012 hingga 15 Januari 2014 sahaja yang layak untuk memohon.
PEMILIHAN MURID
Pemilihan murid dilaksanakan di peringkat sekolah oleh Jawatankuasa Pemilihan murid berdasarkan sistem merit.
Klik sini Sistem Aplikasi Modul e-prasekolahPemilihan murid dilaksanakan di peringkat sekolah oleh Jawatankuasa Pemilihan murid berdasarkan sistem merit.
Klik sini Manual Pengguna(Ibubapa/Penjaga) Sistem Permohonan E-Prasekolah
Klik sini Borang Permohonan Manual 2018
*kerja cuti sekolah PPM 21/03/2017
Sunday, 19 March 2017
BORANG PENGURUSAN STOK DAN INVENTORI PRASEKOLAH 2017
BORANG-BORANG PENGURUSAN STOK DAN INVENTORI PRASEKOLAH
Sila klik pada tajuk borang yang diperlukan untuk muat turun
1. Borang Stok Bahan Basah
2. Borang Stok Bahan Kering
3. Borang KEW PS. 3 - Kad Kawalan Stok
4. Borang KEW PS.4 - Kad Petak
5. Borang KEW PS.5 - Senarai Daftar Kawalan Stok
6. Borang KEW PS.11 - Borang Permohonan Stok
7. Nota Minta - boleh edit
source : credit to owner ツ
*kerja cuti sekolah ppm 20/03/2017
Tuesday, 31 January 2017
Psikologi : Jangan kata "JANGAN" / "NO" kepada kanak-kanak bila melarang
Assalamualaikum pembaca yang budiman...
semoga kita sentiasa di bawah lembayung rahmah dan kurnia-Nya serta sentiasa di redhai walau dimanapun kita berada.
Pernah kita dengar orang tua bercakap, kalau nak larang anak, suruh mereka lakukan lagi, ini kerana apa yang mereka lakukan itu adalah mempunyai sebab psikologi tersendiri.
Perkara ini juga dibuktikan oleh beberapa tulisan daripada pakar psikologi, ini kerana kanak-kanak apabila dilarang semakin mereka lakukan.
Ditulis oleh Puan Shuhadah Khalil, beliau mengingatkan ibu bapa daripada menggunakan perkataan 'No' atau 'Jangan' apabila melarang anak-anak kecil dengan sebab tertentu dan digantikan dengan kata larangan yang lebih positif. Jom kita baca.
Semenjak dua menjak ini saya sering ditanya soalan,
"How to say No without saying No to the kids?"
Dan seminggu dua ini juga saya banyak melihat situasi di mana ada ibu kerap berkata "No no no" pada anaknya, sambil jari telunjuk bergerak ke kiri ke kanan.
Kesiannya si anak. T____T
Tak dinafikan, dulu masa anak soleh kecil lagi saya kerap guna perkataan NO.
Sehinggalah saya baca satu artikel Inggeris (websitenya saya tak ingat), tentang kesan sebutan No pada anak.
Sebenarnya apabila kita kata NO atau JANGAN..
1. Anak hanya dengar ayat selepas perkataan NO atau Jangan itu. Contoh, "jangan lari" anak dengar lari. "Jangan sentuh", anak dengar sentuh. "Jangan pukul", anak dengar pukul.
Sebab itu lagi kita kata NO, lagi anak buat. Betulkan?
2. NO ini membantutkan perasaan seronok si anak yang ingin mencuba sesuatu. Fasa anak-anak kecil adalah fasa mereka teroka semuaaaa perkara di sekeliling mereka.
3. Kita bertambah stress! Setuju atau tidak, kita memang akan rasa stress lepas sebut NO atau Jangan. Yang ini, penulis itu tak sebut. Cuma dari pengalaman saya, memang boleh rasa level stress naik sikit demi sikit bila kita kerap sebut No/Jangan.
4. Bila kita stress, kita mula marah anak. Dan apabila kita marah, maka kita rugi 60 saat untuk rasa bahagia. Malah, kita ragut 60 saat rasa gembira si anak.
Itu kalau kita marah dalam tempoh 60 saat. Kalau lebih dari itu, maka kita dah rugi banyak masa untuk rasa bahagia.
Jadi, apa saya buat dan apa yang dicadangkan oleh penulis adalah berikan arahan yang kita nak anak buat untuk kita. Bukan arahan yang kita nak anak buat untuk diri dia.
Antara ayat yang kita boleh tukar:
1. Don't go there -> Stay close with Mama
Jangan pergi sana > Kemari dekat Mama.
2. Stop hitting -> keep your hands at your back
Jangan pukul > Sayang kawan (tunjuk contoh sekali).
3. Don't screaming -> talk nicely
Jangan menjerit > Cakap elok-elok.
4. Don't run -> walk slowly
Jangan lari > Tolong jalan perlahan-lahan.
5. Don't climb -> stay on the ground
Jangan panjat > Turun sekarang.
6. Stop jumping -> sit down
Berhenti melompat > Duduk diam-diam.
Dan selebihnya, ibu-ibu bapa-bapa kena lebih kreatif cipta ayat arahan positif.
Nota 1: Beri arahan yang mudah, ringkas dan padat.
Nota 2: Otak ibu atau ayah kena lebih cepat dari mulut yang mahu berkata-kata. Saya memang pening kepala memikirkan ayat sesuai dengan situasi anak, supaya saya tidak sebut NO. Mencabar!
Nota 3: Nak latih tukar ayat ini bukan sehari dua, seminggu dua, sebulan dua. Berbulan-bulan lamanya baru biasa. Jadi, sabar wahai ibu ayah.
credit to :
Siakapkeli.my
Tuesday, 17 January 2017
Sejarah Penubuhan SK Limau-Limau - Prasekolah
- Sekolah Kebangsaan Limau-Limau (SK Limau-Limau) merupakan Sekolah Kurang Murid(SKM), terletak di Kampung Limau-Limau, sebuah kampong dalam Pulau jambongan,Beluran. Jaraknya lebih kurang 310km dari Pejabat Pendidikan Daerah Beluran. Jalan perhunbungan ke sekolah ini ialah melalui jalan raya, tanah, sungai, dan laut. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 2000 dan mempunyai sebuah bangunan yang digunakan sebagai bilik darjah dan bilik pentadbiran. Sekolah mempunyai bekalan tenaga eletrik daripada solar hybrid tetapi tidak mempunyai bekalan air bersih. Sumber air diperolehi dari air hujan dan air bawah tanah.
- SK Limau-Limau mempunyai sebuah kelas prasekolah yang ditubuhan pada tahun 2012. Pada masa ini kelas prasekolah menumpang di sebuah bilik ‘kabin’ untuk beroperasi. Keadaan kelas tidak kondusif dengan ruangan yang sempit dan terhad. Peralatan perabot,peralatan ICT, serta peralatan dapur belum dibekalkan ke prasekolah ini walaupun prasekolah ini di bawah peluasan prasekolah tahun 2012. Kerusi dan meja prasekolah yang ada disediakan atas usaha guru besar yang menggunakan kerusi dan meja daripada kelas arus perdana.
- Sebuah bangunan kelas prasekolah yang kekal masih sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada 2017.
- Kelas prasekolah ini mempunyai murid yang berumur lima hingga enam tahun terdiri daripada Suku Bajau Ubian. Ibu bapa murid merupakan golongan nelayan,penternak lembu, dan pekebun yang berpendapatan rendah.
Contoh Surat AkuJanji Ibubapa Prasekolah
SEKOLAH KEBANGSAAN
LIMAU-LIMAU,BELURAN
Peti Surat 27,
Pulau Jambongan
90107,Beluran
Sabah.
SURAT AKU JANJI
IBUBAPA
Saya..............................................................................................................................
ibu/bapa/penjaga kepada......................................................di
kelas
.................................................................................
Bersetuju dengan syarat-syarat dari pihak pentadbir.
Syarat-syaratnya ialah :
luar waktu di atas.
Saya sesungguhnya faham bahawa saya perlu mematuhi peraturan
di atas.
..................................................
( Nama )
Tarikh :
Cop Sekolah :
Subscribe to:
Posts (Atom)